AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK
Mengukur isipadu cecair menggunakan unit piawai
HASIL PEMBELAJARAN :
Murid dapat mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai.
PENGETAHUAN SEDIA ADA:
Murid sudah mengetahui perkataan “ kurang daripada”, “lebih daripada” dan “sama dengan” dalam tajuk Nombor Bulat. Murid biasa membeli air dalam tin dan botol minuman.
BAHAN-BAHAN:
Berbagai jenis bekas yang berlainan saiz , 1 jug besar dan 4 baldi air.
LANGKAH-LANGKAH:
Set Induksi
a) Guru meletakkan 1 jug kosong dan menuangkan air kedalamnya menggunakan gelas dan air di dalam baldi yang telah disediakan.
b) Guru menyoal murid.
Perkembangan
a) Murid dibahagikan kepada bebera kumpulan bertiga untuk melibatkan diri dalam pembelajaran kooperatif.
b) Seorang ketua kumpulan dilantik untuk merekod hasil dapatan dari aktiviti yang
Dilakukan.
c) Murid-murid diberikan beberapa bekas yang berlainan saiz.
d) Minta murid memenuhkan jug besar yang telah diberikan dengan air dari dalam baldi.
e) Minta murid membuat anggaran berapa mangkuk air untuk memenuhkan jug tersebut.
f) Minta murid mengulang aktiviti tersebut dengan menggunakan bekas yang lain.
g) Setelah itu minta murid merekod jumlah dapatan di dalam jadual.
No comments:
Post a Comment