AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK :
Mengukur isipadu cecair menggunakan unit piawai.
HASIL PEMBELAJARAN :
Murid dapat membuat perbandingan tentang kapasiti isipadu cecair.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :
i) Mengetahui konsep bekas kosong, separuh penuh dan penuh.
BAHAN-BAHAN :
3 biji gelas sama saiz
3 biji mangkuk sama saiz
3 biji botol sama saiz
1 baldi air
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
Murid sudah mengetahui perkataan “kurang daripada” , “lebih daripada” dan “sama dengan” dalam tajuk nombor bulat.Murid biasa membeli dan melihat air dalam tin serta air dalam botol minuman.
LANGKAH-LANGKAH :
1.Set Induksi
a) Guru mempamerkan 3 botol yang mengandungi air bewarna. Guru menyoal serta membimbing murid menganggar kandungan tersebut.
2.Perkembangan
a) Penuhkan atau tuangkan air dari dalam baldi ke dalam 3 biji gelas.
b) Soal murid dan terangkan persamaan dan perbezaan antara kandungan yang terdapat
dalam gelas-gelas tersebut.
c) Terangkan dan perkenalkan istilah “ kosong “, “ separuh penuh “ dan “penuh”.
d) Semasa menerangkan perkataan tersebut, minta seorang murid menuangkan semua air
daripada gelas A.
e) Setelah itu minta seorang murid menuangkan separuh air daripada gelas B.
f) Kemudian minta seorang murid yang lain menyusun semula kedudukan gelas-gelas
tersebut dari gelas yang kosong, separuh penuh dan penuh.
g) Minta beberapa orang murid lain mengulang semula aktiviti tersebut menggunakan
bekas yang lain.
No comments:
Post a Comment