Dari pengalaman kita sebagai seorang guru telah mendapati murid mengalami salah konsep tentang isipadu cecair, jadi guru perlulah prihatin dan peka dengan tahap kebolehan penerimaan seseorang murid dalam memahami setiap konsep yang telah disampaikan. Oleh itu sebagai seorang guru harus bertanggungjawab dalam memikirkan, mencari idea dan merangka aktiviti-aktiviti serta langkah-langkah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian supaya murid dapat faham dengan jelas dan menanamkan konsep yang betul untuk digunakan dalam kehidupan seharian ataupun untuk digunakan semasa memasuki Tahap 2 nanti.
No comments:
Post a Comment