Monday, November 1, 2010

Salah Konsep Mengenai Kapasiti

Murid telah mengetahui beberapa kosa kata yang berkaitan dengan isipadu cecair tetapi mereka masih tidak boleh membuat perbandingan kapasiti di antara 2 bekas. Murid biasanya membuat perbandingan mengenai tinggi bekas berbanding kapasiti, mereka akan mengatakan bahawa bekas yang paling tinggi mempunyai kapasiti yang lebih berbanding bekas yang rendah.

AKTIVITI MEMPERBAIKI SALAH KONSEP

Hasil Pembelajaran:
Murid boleh membuat perbandingan antara kapasiti.

Bahan-bahan:
1 biji gelas
1 biji mangkuk
1 biji jug
3 biji cawan

Pengetahuan Sedia Ada:
Murid-murid telah mengetahui kosa kata ‘lebih besar daripada’ dan ‘lebih kecil daripada’ dalam Tajuk Nombor Bulat.

Langkah-langkah:
1.Sukat air menggunakan cawan dan masukkan kandungan cecair yang sama ke dalam
gelas, mangkuk dan jug.
2.Tanya murid adakah kandungan/kapasiti itu sama atau ada perbezaan.
3.Murid akan menjawab bahawa gelas mempunyai kapasit yang lebih berbanding
kapasiti air yang terdapat dalam mangkuk.
4. Guru memperkenalkan kosa kata ‘lebih’ dan ‘kurang’ kepada murid-murid.
5.Guru menerangkan bahawa kapasiti air tersebut adalah sama tetapi apabila ia
dituangkan ke dalam bekas, ia akan mengikut bentuk bekas tersebut. Jika bekas itu
lebar dan rendah maka paras air adalah rendah.
6. Ulang dengan menggunakan bekas yang lain.
7.Guru mengedarkan lembaran kerja dan membimbing murid-murid menyelesaikannya.

No comments:

Post a Comment