Monday, November 1, 2010

Pengenalan

Isipadu cecair didefinisikan sebagai mengukur kapasiti cecair dengan menggunakan unit piawai atau unit bukan piawai.Ia adalah satu tajuk yang agak sukar untukm difahami oleh murid tahap 1. Kebiasaanya murid kurang faham di dalam mengukur isipadu cecair melibatkan kapisiti yang sama tetapi menggunakan bekas yang berlainan saiz contohnya 1 liter di masukkan ke dalam sebuah jug kemudian di tuangkan ke dalam satu mangkuk besar. Murid akan mengatakan bahawa mangkuk besar akan mengadungi isipadu yang kurang berbanding air yang terdapat di dalam jug, kerana mereka membaca mengikut aras sukatan air di dalam bekas tersebut. Oleh untuk membetulkan salah konsep tersebut supaya ia tidak berulang dan berlarutan sehingga murid tersebut memasuki Tahap 2.

No comments:

Post a Comment