Sunday, October 31, 2010

Aktiviti Aras Tinggi Isipadu Cecair

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK
Mengukur isipadu cecair menggunakan unit piawai

HASIL PEMBELAJARAN :
Murid dapat mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai.

PENGETAHUAN SEDIA ADA:
Murid sudah mengetahui perkataan “ kurang daripada”, “lebih daripada” dan “sama dengan” dalam tajuk Nombor Bulat. Murid biasa membeli air dalam tin dan botol minuman.

BAHAN-BAHAN:
Berbagai jenis bekas yang berlainan saiz , 1 jug besar dan 4 baldi air.

LANGKAH-LANGKAH:
Set Induksi
a) Guru meletakkan 1 jug kosong dan menuangkan air kedalamnya menggunakan gelas dan air di dalam baldi yang telah disediakan.
b) Guru menyoal murid.

Perkembangan
a) Murid dibahagikan kepada bebera kumpulan bertiga untuk melibatkan diri dalam pembelajaran kooperatif.
b) Seorang ketua kumpulan dilantik untuk merekod hasil dapatan dari aktiviti yang
Dilakukan.
c) Murid-murid diberikan beberapa bekas yang berlainan saiz.
d) Minta murid memenuhkan jug besar yang telah diberikan dengan air dari dalam baldi.
e) Minta murid membuat anggaran berapa mangkuk air untuk memenuhkan jug tersebut.
f) Minta murid mengulang aktiviti tersebut dengan menggunakan bekas yang lain.
g) Setelah itu minta murid merekod jumlah dapatan di dalam jadual.





Aktiviti Aras Rendah Isipadu Cecair


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK :
Mengukur isipadu cecair menggunakan unit piawai.

HASIL PEMBELAJARAN :
Murid dapat membuat perbandingan tentang kapasiti isipadu cecair.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :
i)                    Mengetahui konsep bekas kosong, separuh penuh dan penuh.


BAHAN-BAHAN :

3 biji gelas sama saiz
3 biji mangkuk sama saiz
3 biji botol sama saiz
1 baldi air

PENGETAHUAN SEDIA ADA :
Murid sudah mengetahui perkataan “kurang daripada” , “lebih daripada” dan “sama dengan” dalam tajuk nombor bulat.Murid biasa membeli dan melihat air dalam tin serta air dalam botol minuman.

LANGKAH-LANGKAH :

1.Set Induksi
a)      Guru mempamerkan 3 botol yang mengandungi air bewarna. Guru menyoal serta membimbing murid menganggar kandungan tersebut.

2.Perkembangan
a) Penuhkan atau tuangkan air dari dalam baldi ke dalam 3 biji gelas.
b) Soal murid dan terangkan persamaan dan perbezaan antara kandungan yang terdapat
    dalam gelas-gelas tersebut.
c) Terangkan dan perkenalkan istilah “ kosong “, “ separuh penuh “ dan “penuh”.
d) Semasa menerangkan perkataan tersebut, minta seorang murid menuangkan semua air
    daripada gelas A.
e) Setelah itu minta seorang murid menuangkan separuh air daripada gelas B.
f) Kemudian minta seorang murid yang lain menyusun semula kedudukan gelas-gelas
    tersebut dari gelas yang kosong, separuh penuh dan penuh.
g) Minta beberapa orang murid lain mengulang semula aktiviti tersebut menggunakan
    bekas yang lain.


Sunday, October 24, 2010

Kesimpulan

Dari pengalaman kita sebagai seorang guru telah mendapati murid mengalami salah konsep tentang isipadu cecair, jadi guru perlulah prihatin dan peka dengan tahap kebolehan penerimaan seseorang murid dalam memahami setiap konsep yang telah disampaikan. Oleh itu sebagai seorang guru harus  bertanggungjawab dalam memikirkan, mencari idea dan merangka aktiviti-aktiviti serta langkah-langkah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian supaya murid dapat faham dengan jelas dan menanamkan konsep yang betul untuk digunakan dalam kehidupan seharian ataupun untuk digunakan semasa memasuki Tahap 2 nanti. 

Saturday, October 23, 2010

Rujukan

1. Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003).Integrated Curriculum For Primary School Mathematics Year Two.
2. Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah Binti Haji Tengah.(2003).Mathematics Year 2 Activity Book Part 2.Selangor Darul Ehsan:Hypersurf Corporation Sdn.Bhd.
3. Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah Binti Haji Tengah.(2003).Mathematics Year 2 Textbook
4. Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat.(2010).HBMT2103 Teaching Mathematics in Year Two. Selangor Darul Ehsan:Open University Malaysia.
5. http://www.scribd.com/doc/10910892/HURAIAN-SUKATAN-PELAJARAN-MATEMATIK-TAHUN-2